Wednesday, 11 January 2012

Tentang Cinta Seorang Wanita

Tahun 2006 ialah tahun yang amat bermakna untuk sy. Kerana pada tahun itulah sy akan menduduki UPSR.Selain itu, tahun itu juga sy telah TERjatuh cinta dgn seorang lelaki yang bernama Adam (bukan nama sebenar).Cinta itu ajaib untuk diri sy, kerana sebelum itu sy benci tentang cinta.Sy xtau ape itu cinta??.Tetapi Adam telah membuka mata dan hati sy untuk memiliki cinta.Tetapi, cinta yang sy rasakan hanya ada pada diri sy saja. Hahaha..rasa nak ketawa pon ada..bile cinta yg baru nak dirasa.. tetapi cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan.Sejurus itu, sy mula melupakan perasaan itu, kerana sy ingin tumpukan perhatian pada UPSR. :)

Pada akhir tahun 2009, iaitu selesainya sudah PMR. Keluarga sebelah mama sy telah kehilangan dua insan yang tersayang, iaitu  arwah nenek dan juga  arwah mak cik sy iaitu mami.Sy rasa sangat sedih atas kehilangan mereka dan kesunyian mula dirasa. 

Oleh disebabkan kesunyian itu telah menyelubungi kehidupan sy, teringin rasa hati untuk disayangyi oleh seseorang. Tanpa sy sedar, cinta yang sy pendamkan suatu ketika dahulu, telah mula mekar didalam hati sy.
Sehinggalah sepanjang kehidupan sy hanya berharap bahawa Adam juga merasakan apa yang sy rasa terhadapnya.(haha..sungguh perasan) :D

Sehinggalah Hari Raya pun tiba pada tahun 2010. Adam datang beraya di rumah sy pada 1 Syawal .Sy terperanjat hingga tidak terkata.Hati sy berdegup kencang ketika melayan keluarganya.Dalam diam sy rasa sangat gembira dengan kehadirannya.Pada saat itu jugalah sy tidak berhenti-henti mengingatinya dan sentiasa berharap dia akan terima sy seadanya.Hari demi hari, sy semakin obses dengan dia.Haha.(mmg giler) :D

Sehinggalah sy membuat keputasan GILER!!!, untuk meluahkan parasaan sy terhadap dia dengan cara mengirim surat kapada Adam. Hahaha..giler kan??!! Selepas itu, sy tertanya-tanya, sama ada dia dapat  menerima sy dengan seadanya ataupun tidak. Tetapi hati sy dapat merasakan Adam tidak akan dapat terima diri sy yang hodoh ini. Hari demi hari, minggu demi minggu sy menunggu jawapan daripadanya, tetapi dia seperti tidak ada apa-apa yang berlaku diantara sy dengannya.

Sy tidak berhenti-henti menunggu jawapan daripadanya.Sehingga sy memberanikan hati sy untuk menelifon Adam pada 15 Januari 2011. Pada hari itulah tarikh keramat bagi terlerainya kasihku antara dia pada 11.35 malam.Akhirnya persoalan yang sy ternanti-nanti selama 6 tahun telah pun mendapat kepastian daripadanya.

Selepas berlakunya peristiwa itu, sy rasa sangat kecewa seperti ingin membunuh diri (Astagfirullah-Al-Azim). Sy benci dengan diri sy,  menyesal yang teramat sangat karana sy sanggup mengetepikan prinsip sy yang sebelum ini  untuk anti bercinta, semata-mata untuk memiliki cinta daripada seseorang lelaki yang bernama Adam . :')

Sejurus itu,dalam kekecewaan yang perlu sy tempuhi seorang diri tanpa ketahui oleh orang lain ,Allah telah mengetuk pintu hati sy untuk memberikan cinta yang teragung daripada Nya.

Alhamdulillah.. sy baru sedar bahawa Allah telah menjanjikan kapada umatNya bahawa, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Oleh itu, baru sy sedar, dengan berlakunya peristiwa yang sangat mengguriskan hati sy dan kekecewaan yang melanda dalam kehidupan sy selama ini, ada hikmahnya. :')


Alhamdulillah sekali lagi aq panjatkan kepadaMU Ya Allah, pada tahun baru ini iaitu 2012, kehidupan sy semakin tenang kerana sy telah dapat menerima takdir bahawa cinta sy bukan untuk Adam, tetapi yang pasti cinta sy hanyalah untuk Allah ,Rasul, baba n mama dan sewaktu dengan nya. hehe.  :-) 


Akhir kata daripada sy,

Ikhlas ingin sy katakan kapada Adam,sy amat terhutang budi dan sy sangat bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan Adam  dalam kehidupan sy,untuk mengenali dan menyedarkan sy tentang cinta yang sebenar-benarnya yang sepatutnya sy curahkan kapada Nya didunia mahupun diakhirat kelak.InsyaALLAH.


Sekian. :-)


# Terima kasih Abang. Kerana hadirnya abang dalam kehidupan sy,walaupun kehadiran abang membuatkan rasa kacewa dalam hati sy,tetapi sy yakin, abang adalah insan yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk Dia memberikan hidayah kepada sy supaya berhijrah ke arah yang lebih baik.InsyaAllah.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Allah telah mengantikan kekecewaan itu kepada kehidupan yang lebih tenang disamping mencintai Nya .SYUKUR ALLHAMDULILLAH. Amin  :-)   

Ikhlas daripada sy : -enf-


*I WILL ALWAYS LOVE YOU AS A KHALIFAH ALLAH.THANK YOU*