Saturday, 7 July 2012

Liyana Jasmay - Cinta Bersatu(Official MTV with Lyrics)

Sigma - Istikharah Cinta + Lirik Lagu

Istighkarah Cinta

AssalamualaikumWBT, terima kasih kepada yang sudi membaca cerita dongeng ini. ;)


Pada kisah dahulu menceritakan tentang kedukaan seorang wanita tentang kisah cintanya yang tidak berbalas. Maka ceritanya kali ini juga ada berkaitan tentang cinta..tetapi berbeza jalan ceritanya.

Hrmmmmm...

Hati ini terasa ingin tergelak apabila ingin mula bercerita tentang cinta buat kali ke-2 pada blog ini.

Hrmmmmm... ~sekali lagi~

Ceritanya bermula dari Majlis Perkahwinan.....
Perasan tak, cinta ini selalu hadir pada majlis perkahwinan orang.. ( hahaha).
Tetapi..kali ini of course lahh bukan cinta first side kan?...tapi harapan kali ini untuk dijadikan cinta yang terakhir.

Hrmmmm...tetapi, Saya tahu Allah Maha Bijaksana untuk mengatur kehidupan umatNya.


(Lirik Cinta Bersatu.)

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu

 # lirik ini dapat menggambarkan perasaan yang dirasa suatu ketika dahulu... hehe. Tetapi sekarang ini semuanya telah berubah. Orang dahulu pernah berkata,disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. :)


Walaubagaimanapun, saya amat beruntung dapat berkawan dengannya. Beliau seorang insan yang sungguh sempurna dalam diri saya, kerana beliau berjaya memahami diri saya. Beliau juga berjaya membuka pintu hati saya yang sudah lama terkunci dengan kunci yang tidak siapa boleh membukanya dengan mudah. 

     Beliau membuatkan diri saya rasa sungguh dihargai didunia ini. Sungguh tinggi kata-kata yang digunakan ketika berbicara dengan saya. Salah satu kata-katanya yang tidak boleh dilupakan ialah 'You should sleep a bed of roses'  sangat tersentuh hati saya dengan ayat tersebut. Pada mulanya, saya cuba menolak dan cuba menepis dengan kata-kata manis beliau..kerana saya takut untuk menerima kata-kata  daripada seseorang kaum Adam. Atas sebab apa? ...hrmmmm, itu yang kita tak tahu.hehe.

     Hari demi hari.., perasaan yang cuba ditepis tidak berjaya ditepis lagi. Makin hari perasaan itu semakin menyeluruh dihati . Hati ini masih takut untuk memiliki perasaan ini. Keserikkan masih ada dalam fikiran ini. Oleh kerana tidak mahu berulang untuk kali kedua atas peristiwa yang tidak menguntungkan diri ini, saya mengambil langkah segera untuk menyatakan perasaan yang tidak tahu dimana hala tujunya lagi kepada beliau. (kerja gila buat kali kedua) . 

     Cara beliau memberi jawapan masih saya tidak dapat meneka apa yang beliau ingin sampaikan. Kerana beliau sungguh hebat orangnya. Jika ingin dibandingkan dengan diri ini, bagai langit dengan bumi. Sungguh tinggi tahap keilmuannya. Tetapi saya masih tertanya-tanya, mengapa cara beliau melayan saya seperti melayan sebagai seseorang kekasih. Atau saya saja yang tersalah sangka terhadap layanan baik beliau terhadap diri ini. 

     Fenomena kekeliruan difikiran kembali lagi, kadang-kala..sehabat manapun kita boleh membaca gerak-geri dan hati budi seseorang..tidak bermakna kita juga berjaya mentafsir diri seseorang insan yang kita menyimpan perasaan terhadapnya.

    Hari makin berlalu, saya cuba untuk melarikan diri daripada beliau.., tetapi cara beliau membuatkan hati ini yakin terhadap lamunan perasaan dihati. Beliau pernah memberikan lagu yang akan memberi kesan untuk membajakan hati ini untuk berbunga cinta. Seperti tidak sanggup untuk melepaskan perasaan ini terhadap beliau.

    Dugaan dan cabaran sentiasa mendampingin kehidupan manusia. Waktu tidak membenarkan hati ini terus terbang tanpa ke arah Jannah Allah. Saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian darinya buat terakhir kali. Terbukti, orang yang diagung-agungkan dalam perasaan ini hanya dibuai dengan harapan yang tidak pasti. Ketinggian ilmu seseorang , tidak semestinya seseorang itu juga mempunyai ketinggian kuasa untuk memelihara hati wanita. 

    Saya redha atas ketentuan Allah atas pekara menentukan jodoh bagi seseorang kaum Hawa yang ingin mencari siapakah pemilik tulang rusuknya itu.Lantaran itu,  saya telah mengambil jalan yang terbaik untuk membawa haluan masing-masing, dan memutuskan segala jalan perhubungan yang boleh menemukan antara saya dan juga dia.


(lirik lagu Istighkarah Cinta)

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta

     Akhir kata, saya masih lagi berasa beruntung dapat berkenalan dengan seseorang tokoh ilmuan yang mempunyai cita-cita yang akan menjulang anak bangsa. Akan tetapi, rasa terkilan dan kecewa juga terukir dalam hati ini atas tindakan beliau yang membuat diri ini ternanti-nanti terhadap jawapannya. Walauapajua yang telah berlaku dan juga akan berlaku.. saya tetap mendoakan kesejahteraan beliau didunia dan diakhirat. InsyaALLAH, semoga Allah memakbulkan setiap doa saya. 


Sekian daripada saya. Wasalam. =')
 -enf-

Wednesday, 11 January 2012

Tentang Cinta Seorang Wanita

Tahun 2006 ialah tahun yang amat bermakna untuk sy. Kerana pada tahun itulah sy akan menduduki UPSR.Selain itu, tahun itu juga sy telah TERjatuh cinta dgn seorang lelaki yang bernama Adam (bukan nama sebenar).Cinta itu ajaib untuk diri sy, kerana sebelum itu sy benci tentang cinta.Sy xtau ape itu cinta??.Tetapi Adam telah membuka mata dan hati sy untuk memiliki cinta.Tetapi, cinta yang sy rasakan hanya ada pada diri sy saja. Hahaha..rasa nak ketawa pon ada..bile cinta yg baru nak dirasa.. tetapi cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan.Sejurus itu, sy mula melupakan perasaan itu, kerana sy ingin tumpukan perhatian pada UPSR. :)

Pada akhir tahun 2009, iaitu selesainya sudah PMR. Keluarga sebelah mama sy telah kehilangan dua insan yang tersayang, iaitu  arwah nenek dan juga  arwah mak cik sy iaitu mami.Sy rasa sangat sedih atas kehilangan mereka dan kesunyian mula dirasa. 

Oleh disebabkan kesunyian itu telah menyelubungi kehidupan sy, teringin rasa hati untuk disayangyi oleh seseorang. Tanpa sy sedar, cinta yang sy pendamkan suatu ketika dahulu, telah mula mekar didalam hati sy.
Sehinggalah sepanjang kehidupan sy hanya berharap bahawa Adam juga merasakan apa yang sy rasa terhadapnya.(haha..sungguh perasan) :D

Sehinggalah Hari Raya pun tiba pada tahun 2010. Adam datang beraya di rumah sy pada 1 Syawal .Sy terperanjat hingga tidak terkata.Hati sy berdegup kencang ketika melayan keluarganya.Dalam diam sy rasa sangat gembira dengan kehadirannya.Pada saat itu jugalah sy tidak berhenti-henti mengingatinya dan sentiasa berharap dia akan terima sy seadanya.Hari demi hari, sy semakin obses dengan dia.Haha.(mmg giler) :D

Sehinggalah sy membuat keputasan GILER!!!, untuk meluahkan parasaan sy terhadap dia dengan cara mengirim surat kapada Adam. Hahaha..giler kan??!! Selepas itu, sy tertanya-tanya, sama ada dia dapat  menerima sy dengan seadanya ataupun tidak. Tetapi hati sy dapat merasakan Adam tidak akan dapat terima diri sy yang hodoh ini. Hari demi hari, minggu demi minggu sy menunggu jawapan daripadanya, tetapi dia seperti tidak ada apa-apa yang berlaku diantara sy dengannya.

Sy tidak berhenti-henti menunggu jawapan daripadanya.Sehingga sy memberanikan hati sy untuk menelifon Adam pada 15 Januari 2011. Pada hari itulah tarikh keramat bagi terlerainya kasihku antara dia pada 11.35 malam.Akhirnya persoalan yang sy ternanti-nanti selama 6 tahun telah pun mendapat kepastian daripadanya.

Selepas berlakunya peristiwa itu, sy rasa sangat kecewa seperti ingin membunuh diri (Astagfirullah-Al-Azim). Sy benci dengan diri sy,  menyesal yang teramat sangat karana sy sanggup mengetepikan prinsip sy yang sebelum ini  untuk anti bercinta, semata-mata untuk memiliki cinta daripada seseorang lelaki yang bernama Adam . :')

Sejurus itu,dalam kekecewaan yang perlu sy tempuhi seorang diri tanpa ketahui oleh orang lain ,Allah telah mengetuk pintu hati sy untuk memberikan cinta yang teragung daripada Nya.

Alhamdulillah.. sy baru sedar bahawa Allah telah menjanjikan kapada umatNya bahawa, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Oleh itu, baru sy sedar, dengan berlakunya peristiwa yang sangat mengguriskan hati sy dan kekecewaan yang melanda dalam kehidupan sy selama ini, ada hikmahnya. :')


Alhamdulillah sekali lagi aq panjatkan kepadaMU Ya Allah, pada tahun baru ini iaitu 2012, kehidupan sy semakin tenang kerana sy telah dapat menerima takdir bahawa cinta sy bukan untuk Adam, tetapi yang pasti cinta sy hanyalah untuk Allah ,Rasul, baba n mama dan sewaktu dengan nya. hehe.  :-) 


Akhir kata daripada sy,

Ikhlas ingin sy katakan kapada Adam,sy amat terhutang budi dan sy sangat bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan Adam  dalam kehidupan sy,untuk mengenali dan menyedarkan sy tentang cinta yang sebenar-benarnya yang sepatutnya sy curahkan kapada Nya didunia mahupun diakhirat kelak.InsyaALLAH.


Sekian. :-)


# Terima kasih Abang. Kerana hadirnya abang dalam kehidupan sy,walaupun kehadiran abang membuatkan rasa kacewa dalam hati sy,tetapi sy yakin, abang adalah insan yang telah dianugerahkan oleh Allah untuk Dia memberikan hidayah kepada sy supaya berhijrah ke arah yang lebih baik.InsyaAllah.Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.Allah telah mengantikan kekecewaan itu kepada kehidupan yang lebih tenang disamping mencintai Nya .SYUKUR ALLHAMDULILLAH. Amin  :-)   

Ikhlas daripada sy : -enf-


*I WILL ALWAYS LOVE YOU AS A KHALIFAH ALLAH.THANK YOU*

Thursday, 25 August 2011

APA YANG AKU NAK SEBENARNYA NIE??!

Hari ni 25 Ramadan..
Alhamdulillah..ini Ramadan kali ke 17 aq dpt rasa dlm hidup aq..
harini aq  temankan mama pegi beli air utk raye nnti.Dlm prjalanan  nak ke JJ ..mama tanya aq, lepas SPM nnti..ko nak masuk UNIVERSITI (U) ape..?
,hmmm solan tu aq masih belum dapat kepastian utk menjawabnye..aq confius..sama ada aq sebenarnya nk mengejar ape dlm hidup aq, sama ada cita-cita atau minat aq dlm bidang seni. aq seorg manusia yg meminati dlm bidang seni..nyanyian. aq dan muzik mmg tak boleh dipisahkan lagi..mane2 aq duduk,  bibir aq tak akan berhenti menyanyi..dan jari aq tak akan berhenti bergerak..haiee....~!
TAPI..bapak aq xkan benarkan aq masuk dlm bidang tu..(aq kecewa sgt!!!) dia takut aq jd org yg tak betul. aq faham maksud dia..tapi InsyAllah,aq akan jadi org yg berguna dlm bidang tu nnti, dan aq juga ada pegangan dlm hidup aq..iaitu..aq nak berdakwah dgn cara aq..sendiri.TAPI..hmmmm..entahlah, aq pon xpasti samaada aq dapat capai impian aq atau tidak. :(
Ikutkan hati..aq nak jer masuk ASWARA..then amik bidang yg aq minat.Lepastu   jadi pensyarah kat c2..(dah mmg cita2 aq nak jadi pensyarah).
Tapi dlm masa yg same..aq nak masukm UIA..tapi aq nak amik couse phycology..coz aq pon minat jugak dlm bidang tu. masalah nyer..kt uia kene amik bahase Arab.(takut xtrdaya nak mengharungi saat-saat kritical ketika nk memahami bahase arab)..haiee...~!! tapi..kalu masuk uia, ada kebaikannye utk masa hadapan diri aq .hahaha klu stady kt sane..manalah tau, kalau2 aq dpt jodoh yg soleh (haha) :DD,AMIN-AMIN !! hehe.tu kalau kt uia..tapi kalau aq study kt ASWARA??!! hahahha agak2 senang ker nk dpt calon suami yg soleh..hakhakhak!! ape2 pon hrmm...hanya masa dan takdir saja yg akan menentukan utk masa depan aq nnti.SEKIAN.-enf-



Thursday, 2 June 2011

Mimpi kene NIKAH PAKSE!!

Hrmmmm...apa maksud disebalik mimpi tu..??
aq x tau sama ada aq bahagia dgn mimpi tu atau ia hanya memudaratkan perasaan aq dan fikiran aq terhadap dia..aq confius!!!
mama aq bru jer terangkan 'suatu hari nnti Acha akan merasakan sesuatu d dalam hati ,iaitu perasaan cinta..
mama ckp..kalau Acha nak tahu ape CINTA SEBENAR..,suatu hari  Acha akan merasakan debaran di dalam hati, degupan jantung yg tidak terhenti-henti..ketika melihat seseorang yang dikatakan jodoh kita. :)
Kemudian aq bertanya kpd mama, jika ketika itu kita merasakan sebagaimana yang dikatakan tadi..,adakah org itu juga merasakan apa yang kte rasa terhadapnya..?? dan mama berkata..BERKEMUNGKINAN dia juga merasakan apa yang kita rase..~
Disebabkan penerangan mama..aku asyik berfikir tentang itu sehingga terbawa-bawa dalam tidurku.
HAHAHAHA nie yg nak cite nie..
Mimpi yang penuh misteri!!!
hrmm......sebelum aq melelapkan mata..fikiran aq xhenti-henti berfikir..
aq menanya pada diri aq..'adakah aq pernah merasakan seperti itu..??...berfikir..,berfikir..,dan berfikir..aq sudah mendapatkan jawapan nya..iaitu..yee!! aq telahpun merasakan perasaan yang mama cakapkan tadi..:( tetapi..org yg aq ehem-ehem..mungkin dia tidak merasakan apa yang aq rasa..kerana, mama pernah cakap..jika org tu rasa sebagaimana yg kte rase..,mesti setiap kali dia terserempak dgn kte dia akan lain..,dia akan malu dengan kita..dan hrmm..xtahu lah mcm mane nk explain..~
dan pada waktu2 akhir..dia akan tegur kte. Hahaha..tetapi dlm cerita aq nie..dia ni mcm sengal, mcm tak ada hati dan perasaan jer..hahahaa, ok , so aq amik conclusian ..yang dia memang tak ada  perasaan trhadap aq.
Dan mama aq pesan..walauapepon..,kte jangan sedih dan jangan give up klu cinta kita itu ditolak atau tidak dilayan..coz maybe kte akan dpt yg lebih baik daripada dia.




Oleh itu..sekarang nie..mimpi aq telah mengacau jiwa ku terhadap dia!!!!!!arghhhh!!! xtahu nak marah atau suke dgn mimpi tu...
semalam..aq maybe tido xberus tapak kaki aq bersih2 kott. tu yg aq dapat mimpi mengarut tu!!!
haieee....nak tahu??!!
aq mimpi, aq dipaksa bernikah dgn dia!!hahahahahahah prcaye x??!!!!
mcm nie ceritanya, pada ketika itu abang aku sedang hendak nikah..pastu..,
aq amik keputusan untuk beri tahu mama, yg aq telah merasakan situasi tersebut. pastu mama tanya ..'siape lelaki yg berTUAH tu??.hahahaha,
then, aq pon berterus-teranglah dengan mama..siapa insan itu dan insan tu xboleh accept aq..
hrmm..lepastu..,mama aq terlalu sayangkan aq..dia paksa insan itu bernikah dgn aq pada hari yang sama abang aq bernikah...~hahhahahaah (kelakar giler!!). sebab mama aq xsanggup tengok anaknya dilukai dan disaksa darisegi jiwa dan rage..
hrmm..pas2 ape lagi..insan trsebut TERPAKSELAH bernikah dgn aq dsamping hati yg tidak rela!!!..
Pastukan....,selepas upacara nikah berlangsung, semua org duduk di khemah d luar rumah..then, mase tu aq sibuk melayan tetamu..tetapi dalam senyap2..dia melarikan diri dari majlis tersebut..dan xbalik2.hahahahahahah!!!!!!!!... then, aq nak tahu apa yg berlaku seterusnye..tp tbe2 jer  alarm phone aq bunyi utk bangun subuh..hrmm nmpk nyer xdpt lahh aq nak tahu ape pengakhiran nyer, so, kene ler tunggu malam ni whether mimpi aq tu bersambung ke x..harap2 malam ni aq tido dpt sambung balik mimpi aq yg tergangtung tu..hahahahaha.btw,best x mimpi aq??!!!hahahaa
aduhai...aq xtau lah..nak sedih or happy tentang mimpi aq nie.
hrmmm..so itulah cerita aq tentang mimpi kene nikah pakse!!

Saturday, 21 May 2011

CIRI2 MENANTU MAMA UNTUK ANAK BONGSUNYA

hahaha..tajuk nak GEMPAK!!!
mama pernah ckp kt aq,
nnti, klu ko nak cari suami...ko mesti cari suami yg baik.sekian terima kasih :).hahahah..mesti kowrg sume hampe kan..klu aq just bagi tau mcm tu jer...haha.Baiklah..
ciri2 yg mama aq nyatakan ialah:-
1.mesti mempunyai pekerjaan yg tetap.
2.mempunyai pelajaran.
3.bertanggungjawab.
4.boleh membimbing ke jalan yang benar (coz anak bongsu dia ni gile sikit)
5.seboleh2 nyer dia nak menantu dia ni doktor sakit otak, supaye boleh rawat anak bongsu dia.
6.mesti kuat makan, sbb utk mengelakan anak bongsu dia terlebih makan sudahh!!!
7.hensome
8.kaya (budi bahase)
9.pandai bermain tombak (coz utk protect anak bongsu dia)
10. terakhir sekali!!! dia nak menantu dia TIDAK MEROKOK!!!

Oleh itu, sesiape yang mempunyai ciri2 tersebut, sila beratur utk mendapatkan borang permahonan.
sekian terima kasih :)