AssalamualaikumWBT, terima kasih kepada yang sudi membaca cerita dongeng ini. ;)
Pada kisah dahulu menceritakan tentang kedukaan seorang wanita tentang kisah cintanya yang tidak berbalas. Maka ceritanya kali ini juga ada berkaitan tentang cinta..tetapi berbeza jalan ceritanya.
Hrmmmmm...
Hati ini terasa ingin tergelak apabila ingin mula bercerita tentang cinta buat kali ke-2 pada blog ini.
Hrmmmmm... ~sekali lagi~
Ceritanya bermula dari Majlis Perkahwinan.....
Perasan tak, cinta ini selalu hadir pada majlis perkahwinan orang.. ( hahaha).
Tetapi..kali ini of course lahh bukan cinta first side kan?...tapi harapan kali ini untuk dijadikan cinta yang terakhir.
Hrmmmm...tetapi, Saya tahu Allah Maha Bijaksana untuk mengatur kehidupan umatNya.
(Lirik Cinta Bersatu.)
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
# lirik ini dapat menggambarkan perasaan yang dirasa suatu ketika dahulu... hehe. Tetapi sekarang ini semuanya telah berubah. Orang dahulu pernah berkata,disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. :)
Walaubagaimanapun, saya amat beruntung dapat berkawan dengannya. Beliau seorang insan yang sungguh sempurna dalam diri saya, kerana beliau berjaya memahami diri saya. Beliau juga berjaya membuka pintu hati saya yang sudah lama terkunci dengan kunci yang tidak siapa boleh membukanya dengan mudah.
Beliau membuatkan diri saya rasa sungguh dihargai didunia ini. Sungguh tinggi kata-kata yang digunakan ketika berbicara dengan saya. Salah satu kata-katanya yang tidak boleh dilupakan ialah 'You should sleep a bed of roses' sangat tersentuh hati saya dengan ayat tersebut. Pada mulanya, saya cuba menolak dan cuba menepis dengan kata-kata manis beliau..kerana saya takut untuk menerima kata-kata daripada seseorang kaum Adam. Atas sebab apa? ...hrmmmm, itu yang kita tak tahu.hehe.
Hari demi hari.., perasaan yang cuba ditepis tidak berjaya ditepis lagi. Makin hari perasaan itu semakin menyeluruh dihati . Hati ini masih takut untuk memiliki perasaan ini. Keserikkan masih ada dalam fikiran ini. Oleh kerana tidak mahu berulang untuk kali kedua atas peristiwa yang tidak menguntungkan diri ini, saya mengambil langkah segera untuk menyatakan perasaan yang tidak tahu dimana hala tujunya lagi kepada beliau. (kerja gila buat kali kedua) .
Cara beliau memberi jawapan masih saya tidak dapat meneka apa yang beliau ingin sampaikan. Kerana beliau sungguh hebat orangnya. Jika ingin dibandingkan dengan diri ini, bagai langit dengan bumi. Sungguh tinggi tahap keilmuannya. Tetapi saya masih tertanya-tanya, mengapa cara beliau melayan saya seperti melayan sebagai seseorang kekasih. Atau saya saja yang tersalah sangka terhadap layanan baik beliau terhadap diri ini.
Fenomena kekeliruan difikiran kembali lagi, kadang-kala..sehabat manapun kita boleh membaca gerak-geri dan hati budi seseorang..tidak bermakna kita juga berjaya mentafsir diri seseorang insan yang kita menyimpan perasaan terhadapnya.
Hari makin berlalu, saya cuba untuk melarikan diri daripada beliau.., tetapi cara beliau membuatkan hati ini yakin terhadap lamunan perasaan dihati. Beliau pernah memberikan lagu yang akan memberi kesan untuk membajakan hati ini untuk berbunga cinta. Seperti tidak sanggup untuk melepaskan perasaan ini terhadap beliau.
Dugaan dan cabaran sentiasa mendampingin kehidupan manusia. Waktu tidak membenarkan hati ini terus terbang tanpa ke arah Jannah Allah. Saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian darinya buat terakhir kali. Terbukti, orang yang diagung-agungkan dalam perasaan ini hanya dibuai dengan harapan yang tidak pasti. Ketinggian ilmu seseorang , tidak semestinya seseorang itu juga mempunyai ketinggian kuasa untuk memelihara hati wanita.
Saya redha atas ketentuan Allah atas pekara menentukan jodoh bagi seseorang kaum Hawa yang ingin mencari siapakah pemilik tulang rusuknya itu.Lantaran itu, saya telah mengambil jalan yang terbaik untuk membawa haluan masing-masing, dan memutuskan segala jalan perhubungan yang boleh menemukan antara saya dan juga dia.
(lirik lagu Istighkarah Cinta)
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta
Akhir kata, saya masih lagi berasa beruntung dapat berkenalan dengan seseorang tokoh ilmuan yang mempunyai cita-cita yang akan menjulang anak bangsa. Akan tetapi, rasa terkilan dan kecewa juga terukir dalam hati ini atas tindakan beliau yang membuat diri ini ternanti-nanti terhadap jawapannya. Walauapajua yang telah berlaku dan juga akan berlaku.. saya tetap mendoakan kesejahteraan beliau didunia dan diakhirat. InsyaALLAH, semoga Allah memakbulkan setiap doa saya.
Sekian daripada saya. Wasalam. =')
-enf-
No comments:
Post a Comment